Legal That Works SME

Legal That Works, oleh Tetuan Akmal Saufi & Co.

Anda tidak perlu fasih bahasa guaman untuk memulakan perjanjian dengan betul.

Jawab soalan yang mudah. Dapatkan draf pertama perjanjian anda, dibina daripada klausa yang diluluskan peguam, dalam Bahasa Malaysia atau English.

Peguam sebenar di sebalik setiap klausa, diambil daripada pangkalan pengetahuan kami yang terkumpul selama lebih sedekad.

Siapakah yang akan menyediakan perkhidmatan?

Ketik satu jawapan dan lihat perjanjian berubah.

Perjanjian PerkhidmatanContoh sahajaDOCX

Perkhidmatan

Syarikat anda (Pembekal) menyediakan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Penyata Kerja kepada pihak yang satu lagi (Pelanggan).

Bayaran

Pihak yang satu lagi membayar syarikat anda bagi setiap invois dalam tempoh yang anda tetapkan.

10+ tahun
Menasihati perniagaan Malaysia, sejak 2014
2 bahasa
Setiap klausa dalam English dan Bahasa Malaysia
60 hari
Untuk melengkapkan butiran anda, dengan peringatan melalui e-mel
  • Perjanjian Kerahsiaan (NDA)
  • Perjanjian Perkhidmatan
  • Perjanjian Pemegang Saham
  • Perjanjian Pekerjaan
  • Perjanjian Penyewaan
  • Perjanjian Pinjaman
  • Perjanjian Pengedaran
  • Perjanjian Usaha Sama
  • Perjanjian Lesen Perisian
  • Perjanjian Perkhidmatan Perundingan
  • Perjanjian Pembekalan
  • Perjanjian Penyelesaian
  • Perjanjian Perkongsian
  • Perjanjian Kontraktor Bebas

Pernah rasa begini?

  • Boleh tak saya guna sahaja kontrak lama dan tukar namanya?

  • Saya sendiri pun tak pasti perjanjian mana yang saya perlukan.

  • Kalau salah susunan katanya, nanti jadi senjata makan tuan ke?

  • Peguam untuk setiap perjanjian kecil? Alamat tunggu berminggu-minggu.

  • Mereka hantar draf mereka. Saya kena percaya begitu sahaja?

Jika salah satu daripada ini mengena diri anda, anda tidak keseorangan. Kebanyakan pemilik perniagaan tidak pernah diajar cara membaca kontrak.

Kos membuat perjanjian secara agak-agak

Urus niaga tanpa apa-apa bertulis

Apabila wang, tarikh akhir dan penghantaran tidak ditulis, pertikaian menjadi permainan meneka siapa berjanji apa.

Templat yang dibuat untuk urus niaga lain

Kontrak lama boleh meninggalkan perkara penting untuk urus niaga ini, dan mengekalkan terma yang tidak pernah anda berniat untuk berikan.

Terma yang ditandatangani tanpa dibaca

Menerima draf pihak lain bermakna bersetuju dengan setiap klausa di dalamnya, termasuk yang anda tidak fahami.

Masa terbuang untuk kerja rutin

Memulakan setiap perjanjian mudah daripada helaian kosong memakan masa, untuk anda dan untuk sesiapa yang anda minta tolong.

Semua ini bukan nasib malang. Ia kekurangan maklumat.

Tiada siapa yang mengajar anda perkara ini.

Sekolah tidak mengajar tentang kontrak. Rakan berkongsi apa yang berkesan untuk mereka. Templat dalam talian tidak mengambil kira butiran urus niaga anda.

Itu jurang dalam sistem, bukan kekurangan pada anda. Anda tidak memerlukan ijazah undang-undang. Anda memerlukan soalan yang betul, dalam bahasa yang mudah, mengikut susunan yang betul.

Draf pertama anda, dibina daripada jawapan anda

Daripada soalan pertama hingga draf yang boleh anda hantar.

  1. Pilih

    Pilih perjanjian anda, atau biar Pencari Perjanjian mengesyorkannya. Anda melihat apa yang diliputinya dan berapa kosnya sebelum anda membayar.

  2. Bayar

    Bayar dengan selamat dalam talian. Harga termasuk SST.

  3. Jawab

    Isi butiran dalam bahasa yang mudah: nama, jumlah, tarikh. Simpan dan sambung pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari.

  4. Semak

    Semak jawapan anda, kemudian sahkan. Kami menyediakan draf anda. Tiada bayaran kali kedua.

  5. Muat turun

    Terima draf pertama anda sebagai fail Word yang boleh diedit. Jika anda menambah semakan peguam, tempah sesi anda.

Perjanjian untuk cara anda menjalankan perniagaan

Daripada NDA pertama hingga perjanjian pemegang saham.

Jual atau beli produk

Pembekalan, pengedaran, jual beli barangan

Sediakan atau terima perkhidmatan

Perjanjian perkhidmatan, perundingan, pembangunan perisian

Bekerjasama

Usaha sama, perjanjian pemegang saham, perkongsian

Wang

Pinjaman, langganan saham, jaminan

Ambil pekerja

Pekerjaan, internship, kontraktor

Idea dan teknologi

Lesen perisian, penyerahhakan IP, pemprosesan data

Hartanah dan premis

Penyewaan, pajakan, ruang kerja bersama

Jaga kerahsiaan

NDA, MOU, surat hasrat

Selesaikan atau tamatkan

Penyelesaian, penamatan, pelepasan

Mahu lihat semua yang ditawarkan?Lihat senarai perjanjian

Ditulis oleh peguam. Disusun mengikut peraturan. Tiada yang direka-reka.

Di sebalik semua ini ialah Tetuan Akmal Saufi & Co, yang menasihati perniagaan Malaysia sejak 2014 dan pernah mewakili jenama terkenal.

  • Klausa yang diluluskan peguam

    Setiap klausa datang daripada pangkalan pengetahuan kami yang terkumpul selama lebih sedekad. Peguam menulis dan meluluskannya sebelum ia boleh muncul dalam draf.

  • Jawapan anda menentukan klausa

    Peraturan tetap, yang ditulis oleh peguam, memilih apa yang dimasukkan. Draf anda tidak dijana oleh AI pada ketika itu juga.

  • English dan Bahasa Malaysia

    Setiap klausa mempunyai versi yang sepadan dalam kedua-dua bahasa. Tiada terjemahan mesin.

  • Fail Word milik anda

    Edit, kongsi, atau hantar kepada peguam anda sendiri untuk pandangan kedua.

Ada insan sebenar di sebalik ini.

Legal That Works ialah pasukan peguam dan rakan sekerja di Tetuan Akmal Saufi & Co, dengan pejabat di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kami menasihati perniagaan Malaysia sejak 2014. Peguam kami menulis klausa, dan apabila anda menambah semakan, salah seorang daripada mereka menyemak draf anda bersama anda.

Ilustrasi peguam meneliti dokumen di sekeliling meja, dengan latar langit Kuala Lumpur di luar tingkap.

Draf pertama ialah permulaan. Peguam menjadikannya milik anda.

Platform ini menukar jawapan anda menjadi draf pertama, supaya anda tidak perlu bermula dengan helaian kosong. Ia hanya berpandukan jawapan anda. Ia tidak dapat menimbang keadaan sebenar perniagaan anda. Peguam boleh.

Apa yang draf lakukan

  • Menukar jawapan anda menjadi draf pertama yang lengkap dalam Word.
  • Menggunakan klausa yang ditulis oleh peguam daripada pangkalan pengetahuan kami selama lebih sedekad, dipilih mengikut jawapan anda.
  • Memberi anda sesuatu yang nyata untuk dibaca, diedit dan dibincangkan.
  • Menjimatkan masa sebelum anda berjumpa peguam atau pihak yang satu lagi.

Apa yang boleh ditambah oleh peguam

  • Meneliti keadaan sebenar anda, bukan sekadar jawapan anda.
  • Mencadangkan pendekatan dan perjanjian yang tepat untuk perniagaan anda.
  • Membentuk terma supaya sesuai dengan urus niaga anda dan melindungi kedudukan anda.
  • Mengesan risiko dan kelompangan yang tidak dapat ditanya oleh satu set soalan.

Sila baca ini

Draf ini ialah draf pertama yang umum, disediakan daripada jawapan anda. Ia bukan nasihat undang-undang, dan tiada peguam menyemak jawapan anda melainkan anda memilih Jana perjanjian + semakan peguam. Ia mungkin tidak sesuai dengan keadaan anda. Perjanjian yang sebenar ialah perjanjian yang sesuai dengan keadaan anda, dan untuk itu anda memerlukan peguam. Sila dapatkan nasihat undang-undang sebelum anda menandatangani atau bergantung kepadanya.

Sesi semakan menyemak draf dan jawapan anda bersama anda. Untuk nasihat tentang pendekatan, atau perjanjian yang dibentuk mengikut perniagaan anda, tempah konsultasi pertama anda dengan salah seorang peguam kami.

Tempah konsultasi (dibuka dalam tab baharu)

Mengapa ini mengubah cara anda memulakan perjanjian

Draf pertama hanya bernilai jika ia draf yang baik, dan jika anda tahu apa yang perlu dibuat seterusnya. Inilah perbezaannya berbanding cara biasa untuk sampai ke sana.

  • Cara biasa: Menyalin kontrak lama atau templat yang anda jumpa dalam talian.

    Di sini: Jawab soalan yang mudah. Klausa yang ditulis oleh peguam Malaysia dipilih supaya sepadan dengan jawapan anda.

  • Cara biasa: Bertanya kepada chatbot dan berharap susunan katanya boleh dipegang.

    Di sini: Setiap klausa ditulis oleh peguam lebih awal. Tiada apa yang direka pada ketika itu juga.

  • Cara biasa: Tertanya-tanya perjanjian mana yang sebenarnya anda perlukan.

    Di sini: Pencari Perjanjian bertanya beberapa soalan dan mengesyorkan perjanjian yang berkemungkinan sesuai.

  • Cara biasa: Mencari versi Bahasa Malaysia, atau menterjemahkannya sendiri.

    Di sini: Setiap klausa wujud dalam English dan Bahasa Malaysia, ditulis oleh peguam.

  • Cara biasa: Baru tahu selepas membayar bahawa anda memerlukan peguam.

    Di sini: Apabila draf bukan alat yang sesuai, ia memaklumkannya sebelum anda membayar, dan mengarahkan anda ke konsultasi.

  • Cara biasa: Tidak tahu kos sehingga anda sudah terikat.

    Di sini: Lihat rangka dan harga, termasuk SST, sebelum anda membayar.

  • Cara biasa: Menaip butiran syarikat yang sama dalam setiap dokumen baharu.

    Di sini: Simpan butiran perniagaan anda sekali sahaja, dan perjanjian seterusnya bermula dengan butiran itu sudah diisi.

  • Cara biasa: Mencari peguam untuk menyemaknya.

    Di sini: Tambah semakan peguam, atau tempah konsultasi, di tempat yang sama.

Draf pertama tidak akan menggantikan pemikiran seorang peguam. Ia membawa anda ke perbualan itu dengan lebih cepat, dengan sesuatu yang nyata di tangan anda.

Mulakan draf anda

Dua cara untuk mendapatkan draf anda

Pilih tahap bantuan yang anda mahu. Anda melihat harga sebelum membayar.

Logik direka peguam, tiada semakan individu

Jana perjanjian

Jawab soalan berpandu dan terima perjanjian Word yang boleh diedit, dibina daripada klausa yang diluluskan peguam. Tiada peguam menyemak jawapan individu anda.

  • Soalan berpandu dalam bahasa yang mudah
  • Perjanjian Word yang boleh diedit
  • Dalam Bahasa Malaysia atau English

Dari RM 150.00 termasuk SST

Mulakan draf anda
Termasuk semakan individu oleh peguam

Jana perjanjian + semakan peguam

Semua di atas, ditambah peguam Legal That Works menyemak jawapan sebenar dan draf anda bersama anda dalam sesi yang ditempah.

Sesi anda bersama seorang peguam daripada pasukan kami.
  • Semua yang terdapat dalam Jana perjanjian
  • Peguam menyemak jawapan sebenar dan draf anda
  • Sesi yang anda tempah pada masa yang sesuai dengan anda

Dari RM 450.00 termasuk SST

Mulakan draf anda

Urus niaga besar di hadapan? Melebihi RM1 juta, kami sangat mengesyorkan semakan peguam.

Anda melihat rangka dan harga sebelum membayar. Selepas membayar, anda mempunyai 60 hari untuk melengkapkan butiran anda. Jika anda tidak melengkapkannya dalam masa itu, draf akan tamat tempoh dan yuran tidak dikembalikan.

Adakah ini sesuai untuk anda?

Dibuat untuk anda jika

  • Anda menjalankan atau bekerja di sebuah perniagaan Malaysia dan memerlukan perjanjian untuk urus niaga, pengambilan pekerja atau rakan kongsi.
  • Anda tiada latar belakang undang-undang dan tiada peguam dalaman.
  • Anda belum menandatangani lagi, atau akan menandatanganinya tidak lama lagi.
  • Anda mahu melihat apa yang anda akan dapat, dan berapa kosnya, sebelum anda berkomitmen.
  • Anda lebih suka menjawab soalan daripada menghadap helaian kosong.

Hubungi kami dahulu jika

  • Anda membeli atau menjual hartanah.
  • Anda memerlukan cagaran atau debentur.
  • Anda mahu mengubah atau melanjutkan perjanjian yang telah anda tandatangani.
  • Undang-undang asing terpakai, atau kerja dilakukan di luar Malaysia.
  • Perniagaan anda memerlukan lesen atau kelulusan untuk menjalankan aktivitinya.

Bagi perkara ini, kami menawarkan konsultasi. Jika draf masih boleh disediakan, kami memberitahu anda apa yang belum kami semak sebelum anda membayar.

Tempah konsultasi (dibuka dalam tab baharu)

Soalan anda, dijawab

Bolehkah saya bergantung pada draf ini?

Anggap ia sebagai draf pertama. Ia mengikut jawapan anda, tetapi tidak dapat menimbang keadaan perniagaan anda. Klausanya ditulis oleh peguam, namun tiada sesiapa dapat menjanjikan hasil bagi sebarang perjanjian, dan draf tidak menggantikan nasihat peguam tentang keadaan anda. Untuk urus niaga yang besar atau luar biasa, tambah semakan peguam atau tempah konsultasi.

Mengapa tidak minta AI sahaja menulis perjanjian saya?

AI boleh berguna untuk menerangkan sesuatu terma atau mencetuskan idea. Tetapi chatbot menulis susunan kata yang baharu setiap kali, dan ia boleh kedengaran yakin walaupun salah, sudah lapuk atau tidak mengambil kira fakta anda. Di sini, setiap klausa ditulis oleh seorang peguam terlebih dahulu. Jawapan anda memilih klausa yang dimasukkan dan mengisi ruang kosong, jadi tiada apa yang direka pada ketika itu juga. Kedua-dua bahasa juga ditulis oleh peguam, bukan diterjemahkan oleh mesin. Dan jika anda mahu bertemu seseorang, seorang peguam bertauliah menyemak draf anda bersama anda.

Saya tidak pasti perjanjian mana yang saya perlukan.

Gunakan Pencari Perjanjian. Jawab beberapa soalan yang mudah dan ia mencadangkan perjanjian yang berkemungkinan sesuai, apa yang diliputinya dan harganya.

Bagaimana jika keadaan saya luar biasa?

Jika tiada yang sesuai, beritahu kami apa yang anda perlukan dan kami akan menghubungi anda. Jika perkara anda memerlukan peguam, kami memberitahu anda sebelum anda membayar dan menawarkan konsultasi.

Mengapa saya membayar sebelum soalan butiran?

Mula-mula anda melihat perjanjian yang sesuai, apa yang diliputinya dan harganya. Selepas anda membayar, soalan butiran dibuka selama 60 hari, supaya anda boleh menyimpan dan kembali.

Bagaimana jika saya tidak selesai dalam 60 hari?

Draf akan tamat tempoh dan yuran tidak dikembalikan. Kami menghantar peringatan melalui e-mel pada hari ke-30, hari ke-50 dan hari ke-57, supaya anda tidak terlepas.

Bolehkah saya mengedit draf?

Boleh. Ia fail Word biasa. Edit, kongsi, atau hantar kepada peguam anda sendiri untuk pandangan kedua.

Adakah peguam menyemak perjanjian saya?

Hanya jika anda memilih Jana perjanjian + semakan peguam. Dengan Jana perjanjian sahaja, draf dibina daripada klausa yang diluluskan peguam dan tiada peguam menyemak jawapan individu anda.

Adakah saya memerlukan akaun?

Tidak untuk melihat-lihat. Untuk mula menyediakan draf, log masuk dengan e-mel anda dan kod 6 digit yang kami hantar. Tiada kata laluan.

Susun perjanjian anda sebelum anda menandatangani.

Mulakan dengan beberapa soalan yang mudah. Tiada kata laluan, tiada istilah rumit.

Ini tidak menggantikan nasihat undang-undang untuk keadaan khusus anda. Untuk urus niaga yang rumit, tambah semakan peguam.